Monday, November 29, 2010

Pendaftaran Pelajar

Student... Hari ni hari kedua sesi Disember 2010 dibuka.. semalam kepenatan hingga ke lewat petang.. akhirnye balik rumah tersadai.. lepak.. dgn keadaan berbadan dua mcm ni, bertambah2 lepak la jawabnya.. ceritanye bukan pasal saya di rumah, tapi senario Pendaftaran.. apatah lagi ni kali pendaftaran on-line kali pertama secara menyeluruh..

mak ayah la antara orang yang paling teruja bila dapat tau anak ditawarkan masuk IPT.. dan kebanyakannye mak ayah jugak lah yang paling sibuk menguruskan segalanya utk anak bertuah tu.. dari yuran, kenderaan, tempat tinggal, makan pakai, medical check-up.. sampaikan nak mohon PTPTN pun mak ayah jugak la yg tolong mohon..

ke manakah anak2 ni? tanggungjawab mak ayah da pikul dari zaman bayi sampailah ke zaman tingkatan 5.. dah masuk peringkat Pengajian Tinggi pun masih di dalam kusutan fikiran mak ayah.. alahai anak..

ceritanya, pelajar yang datang kali dari seluruh Malaysia.. dari yang tinggal di kawasan hulu, Felda, pekan, bandar dan tengah2 bandar.. tapi yg tinggal di tengah2 bandar ni jugak banyak tak mengendahkan keperluan.. katenya segalanya digalas oleh ibu bapanya.. Wallahualam..

Tuesday, November 23, 2010

Puspanita PPJB

22 November 2010 ( Cuti Sempena Keputeraan Sultan Johor)

Hari ni, kena pergi ke Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.. semangat tol nak gi.. sebab x penah jejak lagi poli tuh.. excited!

Seminar Etika ke arah kecemerlangan PUSPANITA..

FYI, saye ni Ahli Seumur Hidup PUSPANITA.. hehe.. so, kena la manfaatkan 'pelaburan' yg telah dibuat utk saye selama berkhidmat dgn gomen ni..

Macam2 info jugak dapat pergi ke seminar ni.. cara2 nak jadi orang kaye pun ade.. hihi.. salah satu tips: jujur dengan semua orang dan mempunyai pasangan yang menyokong.. (alhamdulillah, en.suami memang menyokong sepenuhnye dari belakang)

seminar ni wat kat Perpustakaan PSA.. cantek! dari segi dekorasi dan lain-lain.. berbeza dari poli sendiri..

dengan hjh norsila

bersama nadiah.. si bulu mata cantik..

terisi juga mase cuti sehari ni.. seminar dan majlis hi-tea..

majlisnye buat dekat De Palma Hotel.. makan sedap! especially Puding Roti yg berkuah tu... yummy! lain kali, insya allah nak g lagi..